Wednesday, November 5, 2008

Story Time.

Ahh..
aku ada ini minat untuk menulis.
tapi aku tak rasa aku ada bakat yang superb untuk menulis.
but anyhow, im giving it a try, and walla! bawah ini adalah hasil nukilan aku.
enjoy! and comments are appreciated.

Prologue.

Atirah Natalia binti Mohd Aidrus, a.k.a. Atirah ataupun At.

Nur Johana binti Md. Adnan, a.k.a. Johana ataupun Jo.

Sofia Adilah binti Zainal, a.k.a. Opie.

Hazril Arif bin Ariffin, a.k.a. Aril.

Muhammad Razizan bin Latif, a.k.a. Zizan.

At. Jo. Opie. Aril. Zizan. Kesemua mereka ini amat berbeda antara satu sama lain. Kalau dilihat secara teliti antara mereka berlima ini, personaliti masing-masing sangat jauh perbezaannya bagaikan jauhnya Kutub Utara dan Kutub Selatan. Ataupun jauhnya Mexico di selatan Amerika dan Kanada yang nun di utara Amerika. Bukannya tiada persamaan, memang ada, tetapi memang banyak perbezaan mereka.

Namun, mereka masih lagi bersatu. Persahabatan mereka masih lagi utuh. Mungkin orang lain akan hairan, bagaimana lima orang ini boleh rapat antara satu sama lain walaupun perbezaan mereka itu. Tetapi, perbezaan mereka itulah yang menguatkan lagi persahabatan mereka. Bangun mereka bersama, jatuh juga bersama. Mereka selalu ada bersama-sama mengharungi perit-merih kehidupan sebagai pelajar-pelajar sekolah menengah dan juga sebagai remaja-remaja yang masing-masing cuba bergelut dengan perasaan dan hormon-hormon mereka.

Di kelas 5K1, Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Methodist Melaka, ataupun lebih dikenali sebagai MGSS..

“Weh, nampak tak mana buku practical Fizik aku?” teriak Atirah sambil memeriksa begnya. Bila tiada respons daripada sesiapapun, Atirah mendengus dan mula memeriksa bawah mejanya pula. Apabila dia masih lagi tidak mendapat respons dari rakan sekelasnya dan tidak jumpa buku praktikal Fizik, dia menghempas mejanya dan separuh menjerit, “Habis aku kena marah dengan cikgu kang!”

“At, bukan ke buku tu kau dah pinjamkan kat Nadhira?” soal Lily, mengingatkan Atirah. Atirah berhenti memunggah barang-barangnya dan memandang tepat ke arah Lily.

“Aku tak ingat pun,”

“Kau makan apa last night ha? Bukan masa Maths tadi cikgu takde, then Dhira mintak buku kau nak tiru experiment last week, sebab dia tak datang. Eh kau ni peod ke? Dahlah pelupa, lepas tu mengamuk tak tentu pasal,”

“Err…betul ea aku ada pinjamkan kat Dhira?”

Itulah Atirah Natalia binti Mohd Aidrus. Sangat mudah terikutkan perasaannya, terutamanya perasaan sedih dan marahnya. Seorang yang pelupa dan kadang-kadang boleh jadi agak kelam kabut. Apabila dia tidak berada dalam ‘moody days’ nya, dia merupakan seorang yang ceria. Kalau dalam bahasa Inggeris, dia seorang yang ‘bubbly’. Senang membuat orang tertawa dengan telatahnya yang kelakar.

Atirah juga mempunyai satu lagi personaliti. Dia boleh menjadi seorang yang pendiam dan serius apabila melakukan sesuatu. Kadang-kadang dia lebih suka memerhatikan orang-orang di sekelilingnya daripada berinteraksi dengan mereka semua. Dia juga seorang yang sempoi, minah trasher dan kadang-kadang ganas.

Di kantin MGSS…
“Hai kak Johana!”

Apabila Johana ditegur sebegitu, dia hanya mengeluh dan berpaling ke belakang sambil memaksa dirinya untuk bersenyum.

“Hai.”

“Kak Johana jaga kantin ke hari ni?”

“Aah.’

“Saya tak pakai lencana hari nih.”

“Kenapa tak pakai dik? Kan ni peraturan sekolah…Adoi. Nanti bukan kau je susah, akak pun susah taw kena bising dengan Miss Tan.”

Itu pula ialah Johana. Sebenarnya, dia seorang pengawas sekolah MGSS. Amat popular dalam kalangan pelajar tingkatan satu hingga tingkatan tiga. Kadang-kadang, dia terasa terbeban apabila sering ditegur oleh mereka.

Seorang yang happy go lucky, agak feminine, kelakar, dan paling rapat dengan Atirah, memandangkan mereka satu kelas.

Di kelas 5K4…

Hari ini salah satu hari terburuk dalam sejarah hidup Opie. Dahlah datang lambat, kena tahan dengan Uncle Viran dan pengawas tingkatan 4, kasut kena spray sebab pakai kasut Converse, kena marah dengan Miss Tan depan pengawas tadi, masuk kelas pulak waktu mata pelajaran Add Maths. Homework Add Maths tak siap lagi, malam tadi dia tertidur masa tengah buat Add Maths atas katil. Dahlah tak siap, tertinggal lagi atas katil.

Sudah-sudahnya,dia kena detention 2 jam dengan beloved Mr. Goh Tai Ping petang tu. Dia tahu mesti banyak budak kelasnya yang cemburu dengannya kerana dapat menghabiskan masa selama 2 jam dengan guru Add Maths tersebut.

“Opie, pinjam buku Seni kau jap,”pinta Dhamira. Opie yang sedang bad mood itu mendengus dan menempelak, “Kau nampak tak apa aku tengah buat?”

Dhamira yang terkejut dengan nada suara yang digunakan oleh Opie membalas, “Kau apahal Opie? Nak tengking aku tak kira tempat apsal?”

Opie hanya diam. Dia tidak memberikan respons serta-merta. Dia tidak mempedulikan Dhamira tetapi hanya menumpukan perhatiannya kepada latihan Literature English yang baru sahaja diberikan oleh guru Bahasa Inggeris mereka. Dhamira pula hanya mampu mendengus dan blah dari situ.

Adibah yang duduk di sebelah Opie, sedang menghadapi masalah dengan latihan Literature nya. Dia menolak bukunya kepada Opie dan bertanya, “Opie, kau tahu tak macam mana nak buat ni?”

“Aku tak tahulah! Jangan kacau aku lagi boleh tak!” tengking Opie. Raut wajah Adibah berubah. Jelas dia terkilan kerana ditengking oleh Opie. Dia hanya menarik semula bukunya tanpa berkata apa-apapun. Dalam diam air matanya mula bergenang. Bukan sekali ni dia dimarah oleh Opie.

Opie yang baru tersedar akan kesilapannya, cuba memujuk Adibah. “Dib, aku minta maaf wei. Aku…tengah bad mood tadi. Aku minta maaf Dibah.”

“Sudahlah Opie. Kau asyik nak marah orang je. Bila kau dah marah kat Dhamira, kau lepaskan marah kau kat aku. Aku bengang tau. Aku tak kuasa nak layan minah emosional macam kau. Asyik asyik aku yang kena tengking dengan kau. Dahlah, aku blah dulu,”

Ini pula ialah Opie ataupun Sofia. Antara mereka berlima, dialah yang paling emosional dan sangat panas-baran. Dia juga akan melempiaskan marahnya dan kadang-kadang mereka berempat yang lain pun tidak tahu macam mana untuk menenangkan dirinya. Namun begitu, dia amat murah hati dan mudah memberikan pertolongan kepada sesiapapun.

Di kantin sekolah Malacca High School ataupun lebih dikenali sebagai MHS..

“Weh, weh, kau cuba dengar lagu ni. Best siot,” kata Zizan kepada Aril yang sedang menghadap hidangan makanannya. Aril menjeling kepada Zizan dan membalas, “Kau nampak aku tengah buat apa, wahai Muhammad Razizan? Boleh tak jangan ganggu selera beta?”

“Ah kau. Makanlah.”

“Band apa?”

“The Rhaman.”

“Lagu diorang boleh tahan sedap.”

“Bukan boleh tahan. Memang sedap pun,”

“Shit! Aku baru teringatlah Zizan,”

“Apa dia?”

“Petang ni aku ada tuisyen Fizik la. Sorry lah beb, aku tak dapat ikut kau pergi Rumbai.”

“Aaklah…takpe ar macam tu. Weh jangan lupa bawak nota Kimia kau besok ea.”

“Ye, ye.”

Mereka berdua pula ialah Hazril ataupun lebih senang dipanggil sebagai Aril dan Zizan. Mereka sekelas dalam sekolah yang sama. Seperti di atas, mereka berdua memang amat meminati muzik. Bahkan, mereka terfikir untuk menubuhkan sebuah band dan sedang berusaha untuk mencari pelajar-pelajar menyertai band mereka.

Namun begitu, mereka bukanlah jenis yang endah tidak endah tentang pelajaran mereka dan sering memonteng pelajaran mereka. Bahkan, mereka amat tekun apabila belajar dan mereka berdua juga merupakan salah satu daripada pelajar yang cemerlang dalam sekolah mereka.

Inilah At, Jo, Opie, Aril dan Zizan. Lima remaja ini apabila digabungkan ataupun ditemukan, dunia bagaikan terbalik dengan personaliti dan perangai masing-masing.

Namun…satu peristiwa berlaku. Pertengkaran dan pertelingkahan berlaku. Kepercayaan dalam persahabatan yang dahulunya utuh itu semakin menipis. Masing-masing menyimpan 1001 rahsia. Adakah rahsia-rahsia tersebut mampu meruntuhkan persahabatan sejati mereka ini?


err...how was it??
ok tak?
huhu.
comments are appreciated!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home